SEJARAH REKODER
Rekoder
merupakan sejenis alat muzik dari keluarga ‘AEROPHONE’ iaitu alat muzik
tiup. Ia juga dikenal sebagai ‘Blockflute’. Rekoder merupakan tabung
dengan sumber bunyi yang dilengkapi dengan lubang-lubang yang berfungsi
sebagai pengatur tinggi rendah nada.
JENIS-JENIS REKODER
Terdapat beberapa jenis rekoder . Antaranyan ialah bas, tenor, alto, soprano dan sopranino.
Di sekolah rendah murid diwajib mempelajari bermain rekoder di tahap
2. Pada umumnya rekoder soprano digunakan di sekolah rendah.
LIMA TEKNIK KETIKA BERMAIN REKODER
1. Teknik Pertama – Postur
Ketika
meniup rekoder badan perlu tegak dan dalam keadaan selesa.Rekoder perlu
dipegang dengan kecondongan 45 darjah dari badan.Ia akan memudahkan
pergerakan tangan semasa penjarian.Rekoder dipegang dengan jari tangan
kiri di atas dan jari tangan kanan di bahagian bawah.
2. Teknik Kedua – ‘EMBOUCHURE’
Embouchure bermaksud penggunaan otot muka dan pembentukkan bibir yang mengikut bentuk pipi (mouthpiece).
Pergerakan
lidah amat membantu untuk pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai
dengan kualiti ton. Not tengah perlu bunyikan denagn sebutan ‘du’
dengan lidah semasa meniup. Bagi Not rendah perlu bunyikan dengan
sebutan ‘lu’ semasa meniup. Manakala bagi Not tinggi pula perlu bunyikan
dengan sebutan‘tu’semasa meniup dan semasa meniup not pendek perlu
bunyi dengan sebutan ‘tut’.Jika murid sentiasa berlatih meniup rekoder
mereka akan biasa dengan sebutan-sebutan bunyi mengikut not.
4. Teknik Keempat - Pernafasan
Tekanan udara dari diafragma dilepaskan perlahan-lahan ketika meniup
not rendah. Bagi not tinggi pula, tekanan udara yang lebih dilepaskan
secara laju untuk menghasilkan bunyi yang betul mengikut not.
5. Teknik Kelima – Penjarian
Terdapat
lapan lubang pada rekoder. 7 lubang di permukaan atas rekoder dan 1
lubang di permukaan bawah rekoder.Posisi penjarian yang betul memainkan
peranan penting ketika bermain rekoder.Berikut adalah posisi jari ketika
bermain bermain rekoder.
-Lubang pertama di permukaan bawah rekoder untuk jari jempol tangan kiri.
-Lubang kedua di permukaan atas rekoder untuk jari telunjuk tangan kiri.
-Lubang ketiga di permukaan atas rekoder untuk jari tengah tangan kiri.
-Lubang keempat di permukaan atas rekoder untuk jari manis tangan kiri.
-Lubang kelima di permukaan atas rekoder untuk jari telunjuk tangan kanan.
-Lubang keenam di permukaan atas rekoder untuk jari tengah tangan kanan.
-Lubang ketujuh di permukaan atas rekoder untuk jari manis tangan kanan.
-Lubang kelapan di permukaan atas rekoder untuk jari kelingking tangan kanan.
Anda
boleh berkongsi maklumat dan idea dengan saya pada ruangan yang ada
ini. Jumpa lagi pada siri lain untuk membincangkan alat muzik ini lagi…..